Ojie's Official Blog ojie here :): Jantan Gatal !

17 January 2012

Jantan Gatal !

hye semua readers . da seminggu lebih aku tak update kan ? lame betul . skang ni , kebanyakan masa aku habis dgn kerja . balik kerja dah penat . mcmne nk bukak belog , tengok blog update ? sedangkan nak pegang laptop ni pun aku rasa malas betul . 

berdasarkan entry aku yang lepas , aku telah pun beradu empat mata antara En.Soberi (1st ass. manager McD) dgn aku . aku dah nyatakan hasrat hati aku bahawa aku setuju jadi isteri no dua nak buat part time di McD sbb dah dapat kerja tempat lain . En.Soberi pun sengih tanda setuju . 

Isnin-9 Jan 2012 . aku mula kan hari aku dengan menuju ke tempat kerja kat Kelana Jaya naik motorsikal sebab tu je pengangkutan yang aku ada . perjalanan 30 minit aje . kalau jem , jangan cakap lah . sepanjang jalan jem aje . terdetik hati aku atas moto mase tu , "kalau ada roti pun sedap ni buat calit .. " 

Cukup lima hari aku kerja kat Syarikat Daylight First Hub Express tu , aku dah rasa tak tahan . tadi, aku dah kol bos cakap aku letak jawatan .  Padan muke korang jantan-jantan . nak tahu nape aku marah sangat ngan dorang ? Disebabkan aku seorang saje perempuan dalam ofis tu , dorang gatal ngan aku . dan macam-macam lagi la . tak perlu aku nak ceritakan . Sayang .... Kerja sebagai CS kat situ memang best . banyak rileks dari buat kerja . gaji pun masyuk . Tp tu lah , ape boleh buat . Aku tak tahan . Lagipun aku takde kawan perempuan .. 

Esok , Rabu . aku da mula kerja kat tempat kerja kawan aku . lagi dekat . harap-harap tempat tu okay lah . walaupun gaji lebih murah , takpe la .. Janji diri aku terjaga . Dan , aku ada kawan  :)

Kalau Suka, Like Aje

0 orang doakan saya kurus :D:

 
Copyright © . All Right Reserved by MadeByOwn