macam mana tajuk yang diberi , begitulah juga keadaannye . bahkan , lg dasyat . Ya Allah . Kalaula korang tengok sendiri keadaan selepas ribut tu , teruk sangat . Keadaan ni berlaku di kawasan rumah aku iaitu di Blok 2 Pangsapuri Teratai Taman Bukit Subang , Seks.U16 , Shah Alam *berhampiran Kg.Melayu Subang pada 7 Febuari 2012 dalam pukul 3-4 ptg . Masa tu , aku takde kat rumah sebab aku kerja *part time McD
Hujan yang turun lebat sangat diikuti angin kencang . rupanya ada puting beliung datang . *mak ayah aku cerita . *aku tinggal kat blok 6
Dalam pukul 4 baru aku balik sebab nak tunggu hujan berhenti . Bila aku masuk je kawasan rumah aku , Ya Allah , pokok-pokok besar boleh tumbang . Besar . bukan kecik . hampir seluruh pokok yang ade kat tepi jalan , semua tumbang himpap kereta . Ya Allah .. Begitu hebat kuasa-Mu . Hujan ribut dalam 30 minit mampu menghancurkan segalanya .
Yang paling aku terkejut , bumbung rumah tingkat 5 kat Blok 2 Pangsapuri Teratai tercabut , jatuh bawah . punyalah kuat angin tu tiup .. habis berlubang . cuba bayangkan macam mana keadaan orang yang tinggal dalam rumah tu , tengah berlindung tiba-tiba bumbung terangkat ? nak lari mana .. hujan tengah lebat . Mesti barang-barang elektrik habis kene hujan . TV LCD pulak , laptop lagi , radio . pastu buat pulak tv hutang , belum habis bayar .. perghh . sayang ..
Aku tak sempat nak ambil gambar kawasan kejadian yang berlaku sebab aku tengah bawak moto . lagipun ramai yang sempat ambil gambar petang semalam . Nilah bencana paling buruk pernah kitorang alami sejak aku duduk sini . Alhamdulillah , blok aku tade ape-ape . cuma pokok tumbang aje ..
Polis dan bomba pun datang , tolong . Malam tadi ade masuk berita TV3 Buletin Utama , tp sekejap je . so , ape pendapat korang pasal ni ? *tanda kiamat dah dekat :'(
0 orang doakan saya kurus :D:
Post a Comment