Ojie's Official Blog ojie here :): Antara Sebab Mendiamkan Diri

4 January 2013

Antara Sebab Mendiamkan Diri

 
Hai semua !
Ceh semangat .
Dah 2 bulan rupenye aku tinggalkan blog aku ni . Patutlah dah berkusam dan berbau hapak . 
Blog orang lain aku tengok ceria dan wangi je . Adoi .
Apelah nasib . Baru nak belajar sesuaikan diri dengan kehidupan baru .
Sorry ye wahai blog . Terpaksa tinggalkan awak untuk sekian lama .
 
 
Dah lama  sangat aku tak menulis dalam ni . Nak publish kan satu entry pun aku makan masa entah berapa lama . Otak aku dah berkarat nak menghasilkan idea baru untuk aku kongsikan kat sini . Haih . Sebenarnya macam-macam perkara dah berlaku . Ada manis , ada pahit , ada masin , ada tawar dan lain-lain . Cuma aku tak tahu macam mana cara nak cerita . 


Selama aku mendiamkan diri dari dunia blogging ni , aku sebenarnya tersangat lah sibuk . Aku baru Part 1. Masih freshie . Cehh . So semuanya kena merangkak . Aku kena belajar uruskan semuanya sendiri . Aku baru nak bertatih macam mana nak jalani kehidupan sebagai seorang pelajar U . Alhamdulillah sekarang ni aku dah boleh biasakan diri dengan jadual kuliah , bilik-bilik yang ada kat fakulti , suasana dan cara penyampaian pensyarah dalam kelas .


Rupanya baru aku tahu SATU SEMESTER yang dikatakan ENAM  bulan tu tak lah sampai 6 bulan pun . Kuliah cuma 4 bulan je . 1 bulan lagi Final dan 1 bulan lg cuti . Pejam celik sekarang aku dah nak Final dah . Satu semester tu kejap je kan ? Rasa macam baru semalam mak abah aku datang bawak aku ke UiTM , daftarkan aku dan tinggalkan aku kat situ . Tapi belajar kat U ni kena cepat . 15-20 topik mesti dihabiskan dalam masa 4 bulan . Dah jadi pelajar ni , harus sentiasa study sebab TEST , KUIZ dan ASSIGNMENT sentiasa menemani . Huhu . Tu semua penting sebab membawa 40-50 markah untuk paper Final nanti .


Tulah antara sebab kenapa aku tinggalkan blog . Harini aku boleh menaip semula sebab aku sekarang tengah cuti study week . Minggu depan aku dah ada paper . Get ready jelah . Aku takde pengalaman lagi nak hadapi Final ni . Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar . 


Selama 4 bulan yang sibuk nie , macam-macam perkara yang dah jadi . Aku nak cerita la yang aku join Kesatria Negara . Mula-mula nak join Brass Band . Alah , kumpulan pancaragam tuh . Lalast ahli dah full . So , aku join lah KN . Tak rase nyesal pun masuk KN sebab best sangat ! Komander kami sangat jambu dan lawak . Kami mewakili Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan masuk Pertandingan Kawad (PERKAD) antara fakulti . Tup . Tup . Tak sangke lah boleh menang . Juara keseluruhan pulak tu . Pestime dalam sejarah fakulti kami . Huh . Tu pun lepas penat berlatih setiap malam , dalam hujan ataupun tidak . Siap kena maki lagi . Memang pakej . Berlatih teruk-teruk . Nilah hadiahnya . Alhamdulillah . :')

Jangan carik dimanakah aku . Aku buruk . :D
 Yang ni memang kenangan manis kami la . Segala usaha kami terbalas . :')
Disebabkan kami dah menang , aku berazam nak menjadi salah seorang komander KN sem depan . Demi nak mengharumkan nama fakulti kami semula . Cewahh . 


Pastu , aku pun dah belajar masak macam-macam . Dari pastry sampai lah ke kulinari . Memang semuanya sedap dan menjadik . Kalau kat Fb tu haa , siap ade orang marah aku sebab aku selalu post gambar makanan je . Huhu . 
Ade banyak lagi gambar makanan , tapi dah tak muat dah entry ni kalau nak buh semua . Next entry aku buh lg yea . Okay lah . Sampai sini je aku tuliskan harini . Sambung entry lain pulak . Nanti kemain aku melalot . Dikesempatan ni jugak aku nak ucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua bloggers ! 
Happy New Year 2013 ! :)



 * Aku dah jumpa cinta hati aku . Nak tahu ? Tunggu entry akan datang :) *

Kalau Suka, Like Aje

8 orang doakan saya kurus :D:

Reiko Masashi said...

dapnye kek tu :))

Sarah Mohd Saleh said...

dah nak examkan.sempat lg update blog.;)all the best in ur final. tahniah menang perkad.dok uitm shah alam rupenyer.boleh lepak minum secawan ye dakk.heheh.sapelah jejaka bertuah die tuu kan?smoga bkekakalan ;)

azuha halim said...

huhuhu. lama gila kau tak blog jie.. aku pun :P busy kan? haih. camne final kau? aku baru jwb 2 paper. dgn jaya nye. cehceh. eh cuti ni.. jgn lupa yeh. cream puff. huahua. peace! missyou. nanti cuti lepak uptown :')

roziahojijie said...

@Reiko Masashi Hehehe .. bese2 je kek nye :)

roziahojijie said...

@Sarah Mohd Saleh kak sarah , em . boleh je setakat 3-4 cawan pun boleh .hehe

roziahojijie said...

@azuha halim alah , apelah sgt crea, puff tu . nnt aku buatkan sebakul , kau habiskan ye :P oyait . nnt lpk lg kayh ..

~AmyLiana86~ said...

wah bestnyer..mmg akak minat dari dulu lagi kulinari nie..rase cam nk ambik degree pjj je bab2 ni..tp tula..huhu..

Juno said...

woi aku tiba tiba rindu nak kawat kaki. lama dah tak kawat. patutlah bontot gua besar.

 
Copyright © . All Right Reserved by MadeByOwn