Ojie's Official Blog ojie here :): Aku Akan Pergi , Jaga Diri Semua

29 August 2012

Aku Akan Pergi , Jaga Diri Semua

Assalamualaikum .


Haiyaa .
Tinggal beberapa hari lagi aku dapat bersenang lenang kat rumah .
Boleh keluar dan balik lambat .
Hal ini kerana ..
*ayat karangan*
Ahad ni , 
bersamaan 2 September 2012 
aku akan mendaftar di UiTM .
UiTM mana tu ?
Shah Alam jew .
 

"Eleh , Shah alam jew .. "
Sebenarnya ramai yang memperlekehkan aku 
sebab aku dapat dekat .
Walhal dorang tak tahu bahawasanya aku ni anak ketiak .
 Ketiak sapa ? 
Mestilah ketiak mak dengan abah aku .
Sekang ni pun aku dah rasa gemuruh nak tinggalkan mereka .
FYI ,
aku ni dah DOPLOH tahun tak pernah tinggalkan ketiak mak abah aku .
Ni , tetibe aku kne duk hostel pulak ,
memang gua akan menghidap penyakit la beb .
Penyakit apa ?
Penyakit "Home Sick" .
Penyakit ni lagi serius tahap gaban dari "Morning Sickness" taw ..
 
 
Bhahaha .
Okay .
segala persiapan nak g U tengah aku usahakan .
Medical check up ,
borang-II segala aku dah siapkan .
tinggal nak beli barang je belum 
dengan kemas bag . 
Huhui , 
tak sanggup rasanya nak berpisah dengan bilik aku ,
bahkan dengan kucing aku , Katam .
Adehh ,
Ni semua terpaksaa aku lakukan demi mengejar cita-II .
Dengan rasa tak rela makk ,
makk akan melangkah keluar rumah jugak .
T___T


UiTM , 
aku datang .
Aku harap , segalanya akan berjalan dengan lancar .
Ya allah ,
permudahkan la segala urusanku .
Aminn .
Jadi , selepas ni aku akan jarang berbelogging .
Malahan berbelog-walking .
maaf ye semua .
Andai ada masa terluang ,
aku pasti akan kembali menulis kat sini ,
blog kesayangan aku .
 
 
Akan aku perah kembali otak aku yang dah berkarat tak hengat ni .
Kena sental kaw-II punya .
Dah 8 bulan tak pernah nak menghafal apa-II kan , 
Harap masih berfungsi lagi la . 
Huhu .
 
 
 Katam ,
I'll miss u so much !
T_T
Rindu nak ketip-II kutu lagi .
Jangan degil-II okay kat rumah ..
Lain kali , kalau nak makan , rebus ikan sendiri , 
jangan harapkan orang lain rebuskan .
Bukak je peti ais tu , ambik seekor .
Rebuskan atas api tu .
Haih .
Kalau aku takde nanti , tak tahu lah apa nak jadi . 
Haa .. 
Satu lagi . 
Tolong tengok-II kan mak dengan abah kay ?
Ada apa-II , tepon je . 
Teknologi dah canggih sekarang .
:D
 

Kawan-II ,
Doakan saya selamat ye .
Terima kasih .
Apa ? 
Kawan-II rindukan saya ?
Cehh . TER-perasan pula .
:P
Jaga diri , 
Byee ~

Kalau Suka, Like Aje

8 orang doakan saya kurus :D:

azuha halim said...

bye katam! eh silap, bye ojie..! hehe

jaga diri bebaik jie. slalu2 la update blog. takde la aku bosan kat arau nanti :)

Mrs.BuduBilis said...

selamat mengejar impian...semoga berjaya

Hana Wonnie said...

menghadapi situasi yg sama. "anak ketiak"...huhu :')

TwIstiEs*meSti Mau* said...

#kau mau apa,pasti kan kuberi....
suka lagu nih!! =D

hmm..awak,bye2.....!!

♥ sitifarhana ♥ said...

wahh~~selamat menempuh dunia stdy..budak tgh belajar kena belajar rajin2..baru la dpt A nanti..hikhik

Fendy said...

tahniah dpt uitm shah alam...sy masuk tahun 4..dah nak hbs..hehe

Everything's Everythings said...

Uitm Shah Alam best ;D
especially kalau jenis suka outting ^^
Good luck ya di sana~

~AmyLiana86~ said...

uitm dihatiku..

nanti comfirm reti nyanyi lagu tu n wawasan setia pelajar..

akak pun ex-uitm shah alam gak..kolej anggerik..fakulti fspu =)

 
Copyright © . All Right Reserved by MadeByOwn